Gunung Cereme

Gunung Cereme
Titik tertinggi
Ketinggian3,078 m (10,098 ka) [1]
Tonjolan2,792 m (9,160 ka)
Koordinat6°53′31″S 108°24′00″E / 6.892°S 108.40°E / -6.892; 108.40
Geografi
Gunung Cereme yang terletak di Indonesia
Gunung Cereme
Gunung Cereme
Geologi
Jenis gunungStratovolkano
Letusan terakhirMac 1951
Pendakian
Laluan paling mudahPalutungan
Laluan biasaApuy
Linggarjati
Linggasana

Gunung Berapi Cereme (Bahasa Sunda: Gunung Ceremé, juga ditulis sebagai Ceremai, Cerme, Careme) ialah sebuah gunung berapi yang terletak di Pulau Jawa, Indonesia. Dari segi pentadbiran, Gunung Ceremai terletak di dalam kawasan tiga buah kabupaten, iaitu Kabupaten Cirebon, Kabupaten Kuningan, dan Kabupaten Majalengka di Provinsi Jawa Barat. Kemuncaknya terletak pada 6° 53' 30" LS dan 108° 24' 00" BT, dengan tingginya 3,078 m di atas aras laut. Kini Gunung Ceremai termasuk ke dalam kawasan (calon) Taman Negara Gunung Ceremai yang luas keseluruhannya di sekitar 15,000 hektar. Gunung ini ialah gunung tertinggi di Jawa Barat.

Gunung Cereme mempunyai kawah ganda. Kawah barat yang lingkungannya 400 m terpotong oleh kawah timur yang 600 m lingkungannya. Pada ketinggian sekitar 2,900 m di bahagian lereng selatan, terdapat bekas titik letusan yang dinamakan "Gowa Walet". Gunung ini mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.


Developed by StudentB